Friday, September 27, 2013

#PemilihanUMNO #Malaysia @ShahrizatJalil sukar mengekang 'Tsunami' kebersihan wanita .


Shahrizal Jalil , satu 'entiti' besar yang rasanya tak perlulah di perkenalkan lagi kerana semua telah mengenalinya.

Namun dalam pemilihan UMNO kali ini, beliau mendapat tentangan padu oleh rakan dalam wanita yakni Datuk Maznah dan Puan Raihan Sulaiman yang inginkan suasana kebersihan dari kekotoran dalam kastil Wanita UMNO Malaysia.

Maznah dan Raihan bukanlah satu nama gah yang besar untuk menumbangkan permaisuri empayar , hanyalah rakyat marhein yang berteteh merangkak bangkit berjuang untuk menyedarkan rakyat Malaysia terutama wanita untuk bersikap sederhana ,menurunkan chandeliar-chandeliar istana, dan yang paling penting menjadi penjana remaja wanita anak muda berintelektual kembali bersama-sama membentuk komuniti kebajikan yang lebih baik seiring dengan kapasiti pemikiran wanita hari ini yang bukan hanya di ceruk dapur.

Di antara wanita peringkat umur dan inteliktual seperti SITI HAJAR ALADIN (KLIK) inilah yang bakal menjadi cetusan tsunami yang akan merobek pintu depan pertahanan Shahrizat Jalil yang bertenterakan orang-orang lama yang telah lama di rantai kunci dengan budi, autoriti dan mungkin peti besi . Sebab itulah kita telah dapat dengar gegaran laungan media yang  Ketua Wanita UMNO sesetengah negeri memberi sokongan padu untuk menyokong Shahrizat . Boleh percaya ker? . Padahal apa yang Shahrizat pegang itu adalah hanya kepala walhal dalam sistem pemilihan UMNO 2013 yang baru yang betul betul demokrasi ini membolehkan bahagian ekor pun bisa mematuk si permaisuri intan berlian yang selesa bertahta di singahsana Wanita UMNO.



Jika Shahrizat tidak gabra dan merasa kegoncangan ini. Maka tidak akan jatuh air mukanya bila di tanya dengan soalan 'Adakah Shahrizat mangadakan rundingan sulit dengan Azalina? dengan jawapan dia yang tidak begitu tenang  'I'm not Desperate' bla bla bla.... Came on laaa... Jangan cuba anggap rakyat Malaysia ni berfikiran cetek politik seperti budak darjah 2. Untuk pengetahuan Kak Jat , ikhlas ambo katakan politik rakyat Malaysia adalah paling maju dan paling kompleks di dunia. Tak perlu buat penjelasan seakan rakyat Malaysia ni buta politik, buta kayu. Ayat paling LUGA untuk didengar pada minit 1.01 'We  are fighting for the sama cause, this is for rakyat' .

Apa pun terpulang kepada semua perwakilan dari seluruh Wanita UMNO Malaysia tak kira samada yang senior ataupun yang baru menerjah ke alam politik parti ini. Ikut gerak hati kita sendiri adakah kita mahu terus terusan menjawab skandal 'LEMBU'  dan mana jentera UMNO di 'moooo' sebagai macai  sehingga PRU14 nanti?. Terpulang !! kerana masa depan orang Melayu dan Islam  terletak di tangan anda . Jika anda kalah kepada helaian kertas tertulis 50 /100 maka TAK PERLULAH ANDA NYATAKAN YANG ANDA PEJUANG UNTUK RAKYAT. Let it silent.

Kerosakan parti kita ini adalah kerana tangan kita sendiri, jangan salahkan orang lain.

Wassalam.

3 comments:

  1. UNDUR SHAHRIZAT UNDUR...

    Dah lah bagi lah pulak kat orang lain, supaya Sharizat dapat jaga Keluarganya sendiri. Sebelum nie, Shahrizat Tak Jaga Ahli Keluarga, itulah semua pie Masok Kandang Lembu, macam Harimau masok Kandang..

    Dok Rumah Kat Ijat yea, Jaga Laki dan Anak2 tu Supaya Jadi ORANG..

    ReplyDelete
  2. FULL SUPPORT FOR SHAHRIZAT , dah banyak dia buat kebaikan untuk wanita UMNO , bukan wanita UMNO saja malah wanita-wanita di Malaysia , jangan disebabkan kontroversi yang melibatkan orang lain , dia pulak dijadikan mangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kontrovesi orang lain? ohhh Datuk Saleh tu tok laki Rafidah barangkali?

      Delete