Pru 13 baru saja berakhir seminggu yang lalu. Keputusan muktamadnya, Barisan Nasional masih mengekalkan kuasa dan tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia untuk 5 tahun yang akan datang. Walaupun BN mengalami sedikit kemerosotan, rakyat harus sedar di mana yang menang tetap dikira orang menang dan yang kalah pula tetap di panggil orang kalah. Terimalah kenyataan. 5 tahun lagi lah pulak yerrr..
Mengambil kira kemerosotan BN , dan jika Parti Islam Semalaysia parti yang cerdik dan berakal panjang, maka inilah masa yang paling sesuai untuk mereka mengambil peluang sepenuhnya untuk mereka yang memperjuangkan Islam keluar dari Pakatan Rakyat dan menjalinkankan pakatan baru bersama BN bagi membentuk majoriti 2/3 kerajaan sekaligus mencatatkan jalinan keuntungan yang sangat besar bagi ummat Islam keseluruhannya.
Tatkala jika pakatan Pas-BN direalisasikan membentuk 2/3 kerajaan dengan 133+21=154 kerusi , tiada mustahil Pas boleh mengenakan syarat untuk kerajaan membentuk portfolio baru yakni jawatan Timbalan Perdana Menteri II sekaligus meletakkan kepimpinan Pas berada dalam kedudukan no 2 tertinggi negara selepas Perdana Menteri. Ambo nak tanya orang bijak pandai pemikir Pas . Adakah senario ini merugikan umat Islam?
Bila berada di no .2 , adalah sangat mudah untuk Pas untuk melaksanakan hukum Hudud, setidak-tidaknya bermula di negeri Kelantan sebagai role model untuk negeri lain mencontohinya melalui pendekatan 'give an example' tatacaara perlaksanaan hudud kepada orang Islam dan bukan Islam. Hukum ini akan memakan masa untuk diasimilasikan ke dalam minda rakyat dan boleh di terima secara redha oleh berbilang kaum di negara kita.
Pas perlu muhasabah kedudukan mereka kerana dalam Pakatan merekalah parti yang paling lemah dengan hanya 21 kerusi sahaja nerbanding dengan DAP 38 dan PKR 27. Sedangkan segala modus gerakan dan gerak kerja jentera adalah bermula dari extrimis anak muda Pas yang menggadai nyawa melalak di tepi jalan. Akibat yang jelas dari sokongan Melayu Islam Pas terhadap parti roket menjadikan kekuatan parti yang berasaskan agama Kristian dan agama-agama lain selain Islam memperolehi majoriti yang paling besar dalam sejarah pilihanraya Malaysia . Adakah senario ini sangat menguntungkan orang Islam?... Fikir?
Ambo selaku rakyat Kelate , tidak pernah membantah Hukum Hudud sebaliknya hanya berkata tidak mampu untuk melaksanakannya bila bersama BN mengharapkan Pas dengan penilaian yang FATONAH mengambil peluang yang sangat baik ini untuk cuba melaksanakan hudud bermula di negeri Kelantan terlebih dahulu sinonim dengan nama Kelantan Serambi melah, Negeri Tadahan Wahyu. Jika mengharapkan Anwar mencapai kemenangan mutlak PRU rasa-rasanya terlalu banyak masa, tenaga yang dibazirkan kerana dalam masa 5 tahun mendatang ini macam-macam boleh berlaku....
Melihat kepada kepimpinan baru Pas Negeri Kelantan ambo fikir mereka boleh memain peranan yang sangat besar dalam merealisasikan perjuangan Islam yang suci ini.
Ingat muhasabah atau dengan kata mudah orang kampung,kita pakat timbang samada idea ini mendatangkan UNTUNG ATAU PUN RUGI... KALAU RUGI MAKA TOHOKLAH , JIKA UNTUNG JANGAN LEPASKAN PELUANG INI KERANA PELUANG ITU TAKKAN DATANG 3 4 KALI.






