Thursday, October 10, 2013

Gempar! Husam Musa tutuh MB Ahmad Yaakob hingga tergagap tak dapat beza akhbar atau blog.

 

Husam Musa dengan susunan tuturkata lemah gemalai sambil tangan tersembunyi di belakang begitu bijak menghujahkan alunan perbahasan hinggakan terpukau sesiapa yang memandang.



Dalam  perbahasan Ucapan Penggulungan Belanjawan Kelantan 2014, Husam Musa berjaya membuatkan MB Kelantan , Datuk Ahmad Yaakob tergagap-gagap dan tak dapat membezakan sumber antara akhbar atau blog pada minit 10:45 . Kehebatan hujah Datuk Husam Musa ini membuatkan Datuk Ahmad Yaakob seperti budak darjah 2 diajar budak tingkatan 5 .

Jelas di sini, rakyat Kelantan boleh menilai kebijaksanaan dan kehebatan hujah Datuk Husam Musa lebih baik dari mana-mana wakil rakyat Pas yang menerajui negeri Kelantan.

Persoalannya : Kenapa Datuk Husam Musa terpinggir ?
 
Adakah kerana MB Datuk Ahmad Yaakob ?
Adakah kerana TMB Datuk Nik Amar ?
Atau adakah kerana Istana?

Rakyat Kelantan memerhati.

2 comments:

  1. Apa yang ambo takut, disebabkan kelemahan MB itu sendiri akan diambil kesempatan oleh pehak-pehak tertentu didalam kerajaan, orang persaorangan atau syarikat-syarikat yang ingin menangguk diair keruh dan merompak kekayaan khazanah rakyat Kelantan untuk mengkayakan diri sendiri. Ambo difahamkan ada kalangan tertentu yang menyamar sebagai konsultan, berlagak pakar dalam pengurusan hasil bumi, yang tidak jelas latarbelakang mereka, menjadi rujukan dan penasihat. Adalah ditakuti golongan ini adalah kumpulan oportunis yang hanya mementingkan imbuhan jangka pendek dan bekerja/broker untuk penyangak-penyangak yang selama ini bebas merompak harta Kelantan, menjadikan ekonomi negeri kering dan lumpuh.

    ReplyDelete
  2. Husam tak layak nak serang MB baru. Sebab Husam pun dulu termasuk dalam kepimpinan kerajaan Negeri. Mustahil Husam tak terlibat, melainkan dia memang tak datang mesyuarat dan tak ambil tahu langsung. Ahmad Yaakub baru ambil alih. Tak heranlah kalau dia belum dapat handle smua. Yang ni aku tak boleh tahan - 'bukan nak jatuhkan sesiapa..' hahaha lawak gila. Dia ingat semua bodoh ke apa...

    ReplyDelete