Thursday, October 31, 2013

Undilah PR lagi ! Video hot warung #rakyat diroboh di #Kajang #Selangor


Malas ambo nak bercakap banyak dengan macai-macai PR yang asyik cuba nak menyatakan yang mereka lebih 'berkebajikan dari orang lain. Adakah perobohan zalim Majlis Perbandaran Kajang ini adalah mengikut contoh panduan 'Islam berlaku amat lembut sesama Islam'?

MPK sememangnya boleh meroboh gerai tersebut namun apakah pembelaan sewajarnya terlebih dahulu terhadap pencarian rezeki sesuap nasi anak pinak mereka(peniaga)untuk plan kecemasan.

Perkara yang sedemikian tidak langsung mencerminkan pentadbiran Islam ?  Macamana Pas nak klaim yang mereka mengamalkan Islam ? Pas tidak pun mengambil keseluruhan Islam , hanya sekeret-sekerat mengikut hawa nafsu sokongan politik mereka . Sebaliknya kepimpinan Pas dan PR ni hanya bertopengkan manusia tetapi di dalam.....Masyaallah!!.

Mengikut pandangan ambo lah.

1. MPK seharusnya mengadakan mesyuarat secara telus dan transparent dengan peniaga terbabit.

2. Membuat bentangan ringkas kepada peniaga apa yang kerajaan nak buat ke atas tanah ini.

3. Jika tak ada keputusan , cadangkanlah tapak perniagaan baru kepada peniaga terbabit. Mereka bukannya anjing di jalanan.

4. Berilah sedikit pampasan atas kerugian. Balik modal pun takpalah.

   

Pakatan Rakyat masih tak boleh membuktikan bahawasanya pemerintahan mereka lebih baik dari negeri Barisan Nasional. Macamana rakyat nak percaya? Asyik ngata orang aje yang lebih sedangkan mereka yang lebih.

1 comment: