Panas sungguh cuaca media hari ini. Media online Malaysiakini adalah media spinning no 1 negara . Pembangkit huru hara yang sudah pastinya merosakkan minda rakyat jelata. Bagaimana pula akhbar tabloid no 1 Malaysia Sinar Harian ?
Modus operandi media mesra kelamin Pakatan adalah tak lain dan tak bukan, melaksanakan misi :
DAMAGE HAS BEEN DONE
Tak kira dalam apa jua bentuk sebaran samada berbentuk soalan, persepsi, bangkitan emosi kemarahan dan ajakan demonstrasi dengan kata-kata halus 'ketik' yang mudah di ratah telan oleh rakyat tanpa perlunya selidikan susulan.
Selepas kejadian ini untuk beberapa hari kedepan wartawan media dan akhbar pastinya akan bermain angin kerajaan , angkat sana angkat sini, bagus sana, bagus sini , demi menjaga periuk nasi. Inilah perihal pekerja wartawan negara kita. Akhbar untuk perpaduan rakyat kini sekadar mitos beralih meruntuhkan negara dengan kaedah ' tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak'.
Media oh media.
Pesanan untuk Utusan Malaysia :
Janganlah berpolitik kuat sangat dan terlalu ortodoks melayu. Ubah kepada penulisan santai anak muda , sofistikated tapi konservatif dan ketengahkan idea-idea liberal disulami dengan kontras hukum hakam agama agar terbuka minda pembaca. Berubahlah wahai utusan. Oh yer kecikkanlah juga saiz akhbar tu baru nampak maju. Out!!
No comments:
Post a Comment