Showing posts with label Merdeka. Show all posts
Showing posts with label Merdeka. Show all posts

Saturday, August 31, 2013

#Thankyou #macai PR @adamadli . #Rakyat love your style. @anwaribrahim


Kami dari pemikir politik bebas sangat sangat menggalakkan macai PR untuk terus terusan melakukan perkara-perkara sebegini untuk mendapat perhatian ramai setelah kepelikan ditonjolkan.




Ambo dan sekalian rakyat Malaysia beranggapan tindakan ini sudah semestinya mendapat tepukan gemuruh dari kesemua ahli politik Pakatan Rakyat kerana inilah cara Pakatan Rakyat mendapat sokongan politik yang lebih baik barbanding mengibarkan jalur gemilang.

Kepada penyokong Amno /BN pula janganlah mudah melenting , janganlah sensitif sangat, biarkanlam mereka dengan labu-labunya. Cuma apa yang penting kita mesti sebarkan apa yang benar dan biarlah rakyat menilainya. Positif atau negatif , undi di PRU14 menjadi ukur nilainya.

Kredit video untuk sahabat fbker : AfiqKLTown
 

Wednesday, August 28, 2013

Foto anak #merdeka #PakatanRakyat @khalidismath . Tahniahlah kerana lahirkan anak #kreatif laguni. .

Negara Malaysia nak sambut merdeka sehari dua lagi namun ada juga di antara anak didik Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat bahagia dengan bendera negara barunya... Kreatif sungguh!!.

Bukannya nak ambik kisah sangat, takut demo label ambo ni bersikap tak kreatif dan tak bebas bersuara pulak.... Bak kata bapak mertua Tiga Abdul.... 'Bapak tak marah, dancin lah sampai pagi'

Teruskanlah kegilaan ini .

Sedangkan negara paling berkrisis, paling miskin , paling bergolak, SOMALIA pun begitu patriotik menyayangi simbol negaranya..



Perbuatan yang Khalid Ismath buat tu hanya nak menarik attention /perhatian , mengengkek macam budak kecik, yang tak kena tempat.....

Pesanan ambo untuk Khalid Ismath adalah ' Malu ko anjing gak kita ni'

Thursday, August 22, 2013

Kenapa kambus isu #LahadDatu ? @najibrazak wajib dedah segera walau jalan berliku. #Malaysia #merdeka

Masih ramaikah lagi di antara kita rakyat Malaysia yang ada rasa sebak hiba melihat foto ini melainkan keluarga mangsa  ? 

Al-Fatihah,

Mungkin ada di kalangan pembaca blog ini akan berbisik sinis di hati dengan ' Ahh!! ini isu lapuk , tak ada cerita, saja nak buat cerita'. Namun pada ambo yang tak berapa pandai politik chipsmore (kejap ada kejap tak ada) tetap menyifatkan kejadian di Lahad Datu menjelang sebelum PRU-13 yang dulu masih belum pun dibincang secara forensiknya apatah lagi untuk menyimpulkan akan kesudahan siasatannya. Betul tak apa yang ambo royak ni?

Bermulanya 9 Februari 2013 tatkala semua parti politik sibuk meraih undi rakyat Borneo dengan lagu 'TANYA SAMA NAJIB APA SEBAB GOYANG , NANTI JAWAB NAJIB SABAH NAK HILANG' negara di gemparkan oleh pencerobohan pengganas Sulu Jalalul Kiram yang memasuki Felda Sahabat, Kg Tanduo lahad Datu. Ke ada yang dah lupa?

Maka ambo pendekkan ceria inilah kesudahan peristiwanya pencerobohannya bukan berakhir siasatannya.


Kesudahan peristiwanya : 'Ops Daulat'

Anggota polis terkorban - 8 orang
Anggota polis cedera - 7 orang
Anggota tentera terkorban - 2 orang
Anggota tentera cedera - 5 orang

Di mana si isteri menjadi balu, si anak kehilangan bapa dan si ibu kehilangan anak menitiskan air mata yang tak dapat di bayar dengan harta dan kata-kata manis takziah dari serata negara. Hanya Al-fatihah dan bacaan Yassin menjadi pengubat jiwa sedekah setiap hamba.

Sebagai anak merdeka , ambo menuntut agar kesemua rakyat bangkit menuntut supaya PM Najib Razak menyegerakan pendedahan forensik dan risikan, apa sebenarnya yang berlaku di Lahad Datu tempoh hari sebagai uncang jatidiri kami untuk kami alirkan ke segenap urat darah nadi kami akan bernilainya pemergian saudara kami dalam mempertahankan bumi Malaysia yang permai ini. 

 
Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!