Monday, September 9, 2013

Penyokong #Islam dalam #Pas tak kisah... Indonesia dah ada , Mesir dah ada ... Apa nak kisah?



Kalimah Allah nampaknya begitu sensitif dan bersungguh-sungguh di pertahankan oleh orang Islam berideologi politik UMNO walhal perkara ini adalah perkara biasa di kalangan orang Islam berideologi politik Pas.

Sememangnya orang yang berfahaman Pas lebih maju pemikirannya  dan bersedia bila-bila masa untuk orang Kristian memuja ukiran kalimah Allah di salib-salib mereka. Baguslah kalau macam tu , tak macam orang UMNO yang kini dikatakan sanggup bergolok gadai tumpah darah untuk kalimah Allah itu.



Apalah sangat kalimah Allah untuk orang Islam berfahaman politik Pas? kerana bagi perjuangan Pas isu kain tudung kepala Rosmah lebih besar dan lebih suci perjuangannya...


Orang Islam Pas bersetuju Kristian untuk kalimah Allah.. Syabas dan jutaan tahniah untuk terus membuka-buka minda .  'Baik kita bagi peluang untuk gereja guna kalimah Allah takut nanti mereka akan masuk Islam ' ujar bekas MB Kelantan suatu ketika dulu.


  




Mungkin juga orang Islam Pas berfikiran bahawa anak mereka suatu hari nanti boleh pergi mari masuk nak bersembahyang dalam masjid atau gereja kerana kedua-duanya pun merupakan rumah Allah. Pemikiran pemimpin-pemimpin Pas ini seharusnya diberikan kredit mulia oleh Pope sebagai tanda jasa perjuangan mereka. 

Seperkara lagi , rasanya penyokong-penyokong Pas perlu juga mengangkat Lim Kit Siang sebagai penasihat Agama Islam dan meletakkan namanya setanding juga dengan Khalifah Umar Abdul Aziz , gelaran untuk  Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang dalam memartabatkan Islam ke satu tahap yang lebih tinggi dan diraikan.

1 comment:

  1. (FORWARDED MESSAGE)
    Wahai umat MELAYU & ISLAM semua, lupakanlah sementara pasal umno/pas/pkr... lupakan sementara pasal minyak naik atau barang naik... marilah kita sama2 berdoa kpd ALLAH dan memberi sokongan kepada pejuang2 kita untuk mempertahankan Kemuliaan Kalimah ALLAH di Mahkamah pada 10 September 2013... INSYAALLAH kita berjaya.
    Untuk lebih makluman, sila ke laman :
    http://empayarkumim.blogspot.com/
    (SILA LAYARI DAN SEBARKAN)

    ReplyDelete