Showing posts with label Husam Musa. Show all posts
Showing posts with label Husam Musa. Show all posts

Saturday, October 19, 2013

Semakin serius - Tentera Husam Musa dedahkah dokumen Skandal Balak #Kelantan


Berita tergempar pagi pagi buta Hari Raya Aidil Adha ini bila ambo melihat satu serangan yang boleh dikatakan peluru berpandu letupan nuklear dari tentera mesra Datuk Husam Musa terhadap kepimpinan Kelantan yang sedia ada .

Pastinya dengan dokumen dan fakta hitam putih ini membuatkan rakyat Kelantan terpinga-pinga akan ketelusan dan keikhlasan kepimpinan MB Datuk Ahmad Yaakob dan timbalannya Datuk Nik Amar.  

Nota skandalnya didedahkan oleh akaun Mat Saman Kati yang berbunyi.

Sebenarnya aku tak ada locus standi dalam isu balak Kelantan ni sebab pertamanya, aku bukan rakyat Kelantan. Kedua, aku bukan ahli PAS dan ketiga, aku bukan penyokong Husam.Lagi pun, isu balak ni dah selesai bila MB Kelantan memaklumkan bahawa permohonan untuk mendapatkan konsesi balak ini ditolak. Khalas. 
Tapi, orang-orang yang tak berpuashati dengan Husam terus membedil Husam dengan macam-macam tuduhan sampaikan ada diantara ahli PAS yang sanggup melabelkan Husam sebagai pengkhianat.Aku dah banyak kali kena maki macam tu dan selalunya aku jarang ambik pot. Contohnya bila aku dedahkan Ngeh Koo Ham dapat 10,000 ekar di Kelantan, ramai yang kutuk aku dan mintak bukti. Aku boleh tunjuk bukti, tapi ia akan membahayakan kerajaan Kelantan.

Aku cuba ikut saluran..bagi tau kepada kepimpinan PAS. Kalau depa sapu bawah karpet...yang tu bukan salah aku dah. Kalau aku publish dalam FB, semua orang akan nampak...dan yang akan menerima kesan negatif ialah PAS. Tapi bila aku tak siarkan, orang maki aku dan tuduh aku fitnah dan pengkhianat kepada PR.

Serupa juga dalam kes Husam. Husam nampak salahlaku yang bakal berlaku dan boleh membahayakan kerajaan Kelantan, tapi Husam tak boleh la nak dedahkan semuanya kepada umum. Kalau dia dedahkan..yang menerima kesan ialah PAS dan kerajaan Kelantan.

Tapi bila Husam tak dedahkan, dia dituduh pengkhianat. Dia dituduh memfitnah. Dan yang menuduh dan memfitnah bukan ahli sebarangan!! Nik Amar yang datang ke Liqa Fikri Pas Perak juga mengambil kesempatan untuk menghentam Husam. Ulama jenis apa ni?

Aku pun dah lama simpan benda ni dan dah malas nak cerita...tapi bila membaca satu posting macam mana Prof. Agus menitiskan airmata ketika berjumpa Menteri Besar dan TMB Kelantan..itu menunjukkan Prof. Agus sayang kat negeri Kelantan. dan bila dia kritik kerajaan Kelantan, itu kerana dia sayang kat PAS Kelantan.

Balik kepada isu balak 3,500 ekar yang didedahkan oleh Husam di sidang DUN Kelantan. 

Aku pernah tanya...pasai apa Husam membangkitkan isu ini sedangkan dia tau permohonan itu telah pun ditolak? Sebenarnya, Husam hanya memberi "clue" tentang ada sesuatu yang tak kena di Kelantan. Sesiapa yang rajin atau mahu mencari kebenaran...boleh cari. Tapi sapa yang tak mau kebenaran atau mengharapkan kebenaran akan datang menggolek...sampai bila pun tak akan jumpa.

Aku tunjukkan kronologi permohonan tersebut. Kita mula dengan surat no 1 ini. 


Surat ini adalah surat permohonan dari AFDB Gemilang Timber kepada Pengarah Perhutanan Negeri  untuk mengeluarkan balak di Hutan Simpan Ulu Sat seluas 3,500 ekar.

Kalau diperhatikan kepada salah satu syarat yang ditawarkan oleh AFDB Gemilang Timber (3(i) ... syarikat menawarkan premium sebanyak RM2,000/ekar. Cuba kira berapa jumlah yang perlu dibayar kalau permohonan ini diluluskan!...RM7 juta.

Kemudian cuba tengok tarikh permohonan ini dibuat....20 Jun 2013. Kalau aku Pengarah Hutan Negeri, perkara pertama aku buat ialah check syarikat yang memohon sama ada syarikat tu layak atau tidak...ada modal atau tidak. Jadi, aku check di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ini yang aku dapat. 


Wei!!! Syarikat didaftarkan pada 13.6.2013. Pada 20.6.2013 dah mintak 3,500 ekar!! gila ka? Berapa modal syarikat ni? Siapa pengarah? Pasal apa buat syarikat Enterprise...bukan Sdn Bhd? 


Kah...kah..kah. Budak umur 22 tahun...anak sapa ni? Buka syarikat enterprise dengan hanya bayar RM60.00. Modal satu sen pun tak ada..tapi mintak balak 3,500 ekar dan sanggup bayar RM7 juta kepada kerajaan negeri!! Gila ka?

Kalau aku Pengarah Hutan..aku tak payah ambik apa-apa tindakan. Campak dalam bakul sampah saja. Tapi ini bukan sebarang budak. Budak ni macam anak Nazri Aziz juga!!

Dan surat permohonan ini bukan dihantar sendiri oleh budak 22 tahun ini, tapi dihantar sendiri oleh kabel dalam pejabat MB.

Pengarah Hutan tak boleh luluskan. Ini kerja gila dan kalau dia luluskan...dia jerut tengkok sendiri. So, telefon la kat kabel.."Susah la Tuan. Tak logik langsung!!"  Apa nak buat?

Kabel pun cuba mengubahsuai syarikat supaya nampak ada kredibiliti sikit. Dan seorang lagi dibawa masuk sebagai rakan kongsi pada 1 Ogos 2013.

Kenal sapa dia?

Lima hari kemudian, pada 6 Ogos 2013, Setiausaha Sulit Menteri Besar Kelantan pun menghantar surat arahan kepada Pengarah Hutan Negeri untuk memproses permohonan tersebut supaya dapat dibawa ke Mesyuarat EXCO secepat mungkin. 




Whoa!! Macam ni ka hangpa punya kerja? Macam mana SS MB Kelantan boleh tulis surat macam tu?

Balak 3,500 ekar pun boleh kowtim kat syarikat yang tak ada modal..tak ada pengalaman...tak ada kepakaran?

 Ini yang cuba di sampaikan oleh Husam...tapi sebagai salah seorang pemimpin PAS..dia tak boleh la nak dedah kerana ia akan menyebabkan kejatuhan PAS. Tapi kalau orang macam Husam yang cuba untuk mengelak sesuatu yang buruk berlaku...tak patutla kalau pemimpin dan ahli PAS sendiri tuduh dia pengkhianat.

Sebaliknya, pengkhianat PAS adalah penjenayah kopiah putih yang laparkan balak...dan juga pemimpin kopiah putih yang cuba melindungi penjenayah kopiah putih. 

Komen ambo : Kenyataan dan fakta hitam putih ini menunjukkan pendedahan Datuk Husam Musa di sidang Adun baru-baru ini terhadap penyelewengan dalam kepimpinan Pas sememangnya berlaku secara besar-besaran walaupun negeri ini diterajui oleh bijak pandai agama dengan kopiah serban dan perwatakan warak. 

Pendedahan ini juga menjadikan kredibiliti MB Datuk Ahmad Yaakob dan Timbalannya Ustaz Nik Amar begitu rendah tahap kepimpinannya dan jauh sekali mengikut landasan Islam yang sebenar. 

Satu lagi persoalan yang bermain di kepala ambo 

Kenapa sekarang baru persoalkan skandal ini sedangkan dah berpuluh-puluh tahun kepimpinan Pas Kelantan dah main 'game' ini ? 

Kenapa dahulu dinafikan akan segala skandal ini?

Rakyat Kelantan yang kuat iman dan waras pemikirannya wajib menilai yang mana yang hak dan mana yang batil.

Wassalam 

Friday, October 18, 2013

@HajiHusamMusa lebih baik dari Ulama ? . Masih relevankah Ulama sebagai ketua di #Kelantan ?


Sumber sepenuhnya dari jentera maya mesra Datuk Husam Musa  : Topeng Perak Unmasked

Husam berlaga pimpinan baharu, bibit kejatuhan PAS Kelantan?

OCTOBER 17, 2013

Husam dikatakan mempunyai pengaruh tersendiri di Kelantan khasnya di kalangan golongan muda dan guru pondok di Kelantan

Peristiwa pertembungan bekas Exco kerajaan negeri Kelantan yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dengan pimpinan baru kerajaan negeri Kelantan merimaskan banyak pihak di Kelantan.

Apa yang berlaku dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan minggu lalu merisaukan mereka jika ia menjadi bibit kejatuhan kerajaan yang dibina oleh PAS pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak 23 tahun lalu itu.

Husam membangkitkan banyak perkara penting dalam sidang itu yang kebanyakannya dengan cara menyerang pimpinan kerajaan negeri yang baru.

Ini termasuk isu pembalakan di Machang, kenaikan tarif air dan perlantikan Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) Kelantan.

Menariknya, apabila beliau menimbulkan cerita ini, pelbagai persoalan muncul.

Antaranya ialah:

1) Mengapa beliau bangun untuk melawan kerajaan daripada partinya sendiri?

2) Mengapa tidak beliau atasi kelemahan kerajaan negeri semasa beliau berkuasa dahulu?

3) Mengapa hanya sekarang beliau memberikan pelbagai cadangan untuk membangunkan negeri?

4) Adakah beliau sedang mensabotaj kerajaan negeri selepas tidak lagi dilantik menjadi Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri yang baru?

"Empat persoalan ini dibangkitkan oleh Profesor Datuk Dr Muhamad Agus Yusof, penganalisis politik daripada Univerisiti Kebangsaan Malaysia melalui Facebooknya.

Namun, memandangkan pilihan raya masih jauh, ia masih belum terlambat untuk diselesaikan.

"Kemelut yang berlaku ini tidak akan meranapkan kedudukan PAS di Kelantan kerana tempoh untuk menghadapi PRU akan datang masih terlalu jauh.

Jadi masih ada banyak masa untuk pemulihan dan pengukuhan semula PAS di negeri itu, apatah lagi dengan kedudukan Umno itu sendiri yang bermasalah di sana," kata pengkaji politik Kelantan, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Kamarul Zaman yang membuat tesis PhD mengenai 'PAS dalam era Kepimpinan Ulama' mengulas mengenai apa yang berlaku di Kelantan itu.

Bagi beliau, PAS Kelantan berada dalam kejutan kerana tidak menyediakan pelan peralihan kuasa yang mantap ekoran Nik Aziz tidak menjadi Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya umum lalu.

“Sebelum ini pandangan ahli PAS ialah Nik Aziz akan kekal menjadi MB sehingga mati, dan ini yang dinyatakan oleh Nik Aziz sendiri.

"Jadi bila berlaku peralihan kuasa, dengan ada komponen penting yang tertinggal, dan proses peralihan kuasa itu dibuat di dalam cara yang boleh dipersoalkan ahli PAS, maka sedikit sebanyak akan berlaku kekeliruan," katanya.

Husam, katanya, mempunyai pengaruh tersendiri di Kelantan khasnya di kalangan golongan muda dan guru pondok.

"Apabila situasi begini berlaku, ada pihak yang menyalahkan Nik Aziz sendiri kerana tidak menamakan dengan jelas susunan pengganti beliau," kata Kamarul Zaman kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, dengan latar belakang begini, perkembangan yang berlaku dalam PAS Kelantan membabitkan Husam sejak kebelakangan ini tidak mengejutkan.

Katanya, ia adalah lumrah sebagai suatu reaksi kepada kejutan yang berlaku itu.

"Cuma persoalan sama ada ia akan memberi natijah positif atau negatif kepada PAS bergantung kepada cara PAS menguruskannya," katanya.

Beliau berkata, jika pimpinan baru PAS Kelantan mengendalikannya dengan cara yang matang seperti tindakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub memberi jawapan yang jelas, rasional dan direct to the point kepada soalan yang diajukan Husam kepada beliau maka ia akan memberi natijah positif kepada PAS.

Beliau merujuk kepada jawapan Ahmad dalam sidang DUN Kelantan minggu lalu.

Pada sidang itu, Ahmad membenarkan apa yang dibangkitkan oleh Husam mengenai adanya permohonan untuk mendapatkan kawasan balak di situ tetapi ia belum diluluskan lagi.

Husam ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2014 Kelantan membidas tindakan kerajaan negeri terhadap kelulusan tanah seluas 1,400 hektar di Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang.

"Bagaimanapun, jika pimpinan baru PAS Kelantan mengurusnya dalam cara yang kurang matang seperti tindakan Timbalan Menteri Besar mengelak daripada menjawab soalan yang diajukan Husam kepadanya, tindakan Exco Hanifa Ahmad tidak membenarkan Husam mencelah ucapannya, Exco Datuk Mohd Nassuruddin Daud menyerang Husam secara peribadi dan Speaker DUN, Abdullah Yaakub, mematikan mikrofon Husam bagi mengelakkan beliau terus mencelah ucapan Mohd Nassuruddin, maka ia akan memberi natijah negatif kepada PAS kerana ia boleh mengundang perpecahan dalaman parti," kata Kamarul Zaman.

Kesimpulannya, Kamarul Zaman berkata, PAS Pusat seharusnya belajar daripada sejarah dan perlu bertindak proaktif bagi menyelesaikan isu ini.

Pada 1975, krisis awal antara Datuk Mohamad Nasir dan Adun-adun PAS berjaya dielakkan apabila Jawatankuasa Kerja PAS Pusat menubuhkan satu jawatankuasa pendamai yang diketuai oleh Ali Taib.

Krisis kedua pada 1977 pula gagal diselesaikan apabila ia terlalu lewat dirujuk kepada JK PAS Pusat sehingga membawa kepada kekalahan teruk PAS dalam DUN Kelantan 1978.

Kamarul Zaman berkata, jika campur tangan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tidak berlaku sebagaimana diharapkan, maka jalan keluar yang dilihat oleh banyak pihak sebagai penamat kepada kemelut ini ialah sama ada Husam melonjakkan diri ke kedudukan lebih tinggi atau dimatikan terus dalam pemilihan PAS November ini.

Bagaimanapun, Agus mahu melihat tindakan Husam ini dengan positif apabila berkata, "Melihat lebih jauh, hati saya berkata: Jikalah politik cara ini juga diamalkan di Parlimen, alangkah majunya politik kita dan alangkah baiknya untuk rakyat dan negara kita. Semoganya!" – 17 Oktober, 2013.




Ulasan dari Gelombang Kick : KLIK

Monday, October 7, 2013

MENDIDIH!- FAKTA GONCANGAN @HAJIHUSAMMUSA TERHADAP KERAJAAN #PAS #KELANTAN DIDEDAH.


Semasa berfb sebentar tadi ambo terpanggil untuk meneliti status fb sahabat jentera Pas, Ayie Prop berkaitan dengan kronologi tindakan cas keting oleh sebilangan mereka yang berkepentingan dalam Pas untuk menjatuhkan Haji Husam Musa secara terancang.

Tanpa edit walau sebutir kata, ambo copy paste kenyataan sahabat Ayie untuk tatapan seluruh rakyat Kelantan untuk dinilaikan.


BENARKAN HUSAM DITOLAK ISTANA ATAU DIA DI "CAS KETING" OLEH KUMPULAN TERTENTU DLM PAS?

Persoalan ini wajar anda fikirkan secara serius jika anda sayangkan jemaah Pas Kelantan yg sudah 23 tahun memerintah Negeri.

□ KES 1; Husam Tidak Dilantik Sebagai Exco

* Seminggu sebelum Pilihanraya, kononnya dikhabarkan satu surat sudah dikeluarkan dari Pjbt PAS Pusat mohon TGNA berundur menjadi MB Kelantan

* TGNA hanya dimaklumkan pagi 6 Mei 2013 bahawa PAS Pusat berbuat demikian, dan terima dengan hati hiba terus tidak mahu pergi perlantikan Exco Baru Kelantan di Istana Kelantan ptg itu.

* Husam tidak dipanggil mesyuarat Dewan Harian di rumah TGNA pada 6 Mei 2013 oleh Su Perhubungan, YB Zulkifli Mamat hatta dgn satu SMS pun

* Selepas riuh rakyat bangkit bertanya kenapa Husam tidak dilantik sebagai Exco maka

* Dikhabarkan Majoriti Exco bahawa Husam tidak diperkenan oleh Istana.

* Siap mengeluarkan Surat berstatus OSA bagi meng"HALAL"kan cara.

selesai kes 1, rakyat "redho" dgn hujah yg kononnya sebab Istana Husam tidak naik sebagai exco. 

□ Kes 2; Khier Zahari, Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali tidak disambung kontrak.

* Khier adalah kawan rapat Husam, dan banyak membantu PAS Kelantan dan Kerajaan Negeri sewaktu beliau menjadi Setiausaha Jabatan Pilihanraya (JPN) PAS Kelantan dan Ketika di TATK.

* Dikhabarkan beliau "dibuang" sebab Dato Mohd Amar, selaku BOD dlm TATK tidak setuju dengan Khier Zahari yg Pro Husam.

* Diganti pula dgn seorg yg berstatus Senator yg sudah banyak kerja lain yg perlu beliau, tapi kononnya diletakkan di pos tersebut sebagai "buffer" sementara cari calon yg sesuai.

□ KES 2; Husam Dinafikan Jadi Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah (Chairman) Anak Sykt Yg Beliau Tubuhkan sendiri.

* 1. Dinafikan chairman sykt PMBK SAWIT - dimana beliau yg bertungkus lumus mengambil alih tanah yg digunakan FELCRA seluas 10,500 ekar kembali kpd Kerajaan negeri.

* 2. Dinafikan Chairman Baldah Toyyibah Sdn Bhd yg menguruskan projek LEBUHRAYA Rakyat- Dimana satu sykt dr Korea sudah berminat utk melabur bagi membina Lebuhraya dr Kota Bharu-Kuala Krai dgn kos RM1.8billion dgn cagaran tanah seluas 3000ha di Sg Tuang, Gua Musang yg mempunyai nilai mineral sebagai RM2.5billion. Bagi lebihnya boleh dibuat stadium.

* 3. Dinafikan Chairman Sykt Takaful Kifalah (Warga Emas) Sdn Bhd - Drpd idea beliau, sykt ini banyak membantu Pas Kelantan menang pd PRU12 (sewaktu pas Kelantan tinggal 1 kerusi majoriti)

* 4. Dinafikan dr menjadi Chairman sykt Tunjong Development Corporation - dimana sykt ini akan berkerjasama dgn Pelabur (sudah ada) utk membangunkan STADIUM Baru di Bukit Merbau bernilai lebih RM230 juta yg diusahakan oleh Husam utk mendapat pelabur.

** Hujah Utama Menafikan beliau tidak boleh menjadi chairman sykt terbabit ialah, Adun tidak boleh memegang lebih drpd 2 sykt Glc, yg tidak pernah ada zaman TGNA jd MB.

Tetapi sebaliknya Dato Che Abdullah Mat Nawi (contoh shja tanpa sebarang niat tidak baik, dan ada lagi cth2 lain) pula boleh memegang lebih drpd 3 buah anak sykt Glc, bergitu juga dgn Adun dan Exco Lain. 

Akhirnya Husam ditawarkan 2 sykt iaitu Kelantan Golden Trade (Dinar Emas) dan Az Zahab Sdn Bhd.

- Kelantan Golden Trade - adalah sykt yg ditubuhkan Husam untuk pengeluaran Dinar Emas dan Dirham drpd hasrat TGNA. 

- Az Zahab Sdn Bhd - Adalah anak sykt PMBK Sawit, cucu kpd PMBK yg juga ditubuhkan Husam. Adalah sykt carigali Mineral pertama ditubuhkan di Kelantan selepas 23 tahun Pas memerintah, selepas melihat kepentingan perlunya anak sykt Kerajaan Negeri menguruskan hasil masul mineral Negeri yg sememangnya KAYA dgn Mineral kurniaan Allah. Lihat sahaja Bijih Besi dan Emas yg dikeluarkan.

-- Husam menolak dgn baik tawaran berikut dan memohon jasa baik Kerajaan Negeri berikan peluang utk gerakan Baldah Toyibbah kerana cintanya pd Projek Lebuhraya Rakyat, kerana disitulah TULANG BELAKANG EKONOMI KELANTAN dan projek lebuhraya ini diideakan oleh TGNA dan digerakan sepenuhnya oleh Husam pd sesi Exco yg lepas.

Episod mendukacitakan bermula bila Husam bukan shja tidak dapat menjadi pengerusi sykt TDC dan Az Zahab tetapi tidak juga Baldah Toyyibah drpd sykt yg ditubuhkannya sendiri dan semua berjaya.

Husam kini dinafikan utk menjadi chairman 6 sykt yg ditubuhkannya demi menjana Ekonomi Kerajaan Negeri. 

□ KES 3: Pengurus Besar PMBK Sawit Letak Jawatan dan beberapa kakitangan lain juga turut ingin letak jawatan.

* Ianya bermula pada pertemuan BOD Baru PMBKS dengan Pengurusan Kanan PMBKS di Hotel Perdana. 

* PMBKS dipengerusi oleh Pengerusi baru, YB Dato Che Abdullah Mat Nawi jd pihak sykt berusaha utk menjernihkan keadaan dan berbincang halatuju sykt selepas ini.

* Yang dihajat tidak tercapai, apabila YB Dr Izani Hussin, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa dgn YB Hj Zulkifli Mamat, ADUN Pulai Chondong menyatakan dgn nada sindiran akan bersihkan sampai ke dalam usus mrka yg pro Husam dlm PMBKS.

* Rentetan drpd peristiwa tersebut, GM PMBKS terus mohon meletak jawatan dengan beri notis 3 bulan. Tapi dukacitanya pd msyrt BOD yg terakhir beliau pd 30 September 2013, perletakkan jawatan beliau diminta oleh BOD berkuatkuasa sertamerta (besoknya xleh masuk pejabat terus) dan dibayar gaji dlm tempoh 3 bulan tersebut.

* Terkejut dgn situasi panas tersebut, Pengurus Kanan Operasi PMBKS juga menghantar notis perletakkan jawatan sehari selepas itu iaitu 1/10/2013 pd PMBK.

Bersama Pengurus Kanan tersebut driver turut sama hantar notis berhenti kerja. Sebelum pada itu 2 org penolong pegawai kewangan tlh meletak jawatan jg dgn 3 bln notis.

Dengarnya akan disusuli lagi dan lagi, semuanya risau akibat sikap tidak profesional BOD PMBKS baru yang lebih mengutamakan politiking daripada survivor sykt.

* Beliau adalah salah seorang yg membantu Kerajaan Negeri Kelantan mendapat semula tanah yg digunakan Felcra seluas 10,500 ekar. Yg kini menjadi milik penuh Kerajaan Negeri.

* Fikirkan bagaimana seorang Pengurus Besar paling berkaliber dan sykt paling kaya di kalangan anak anak sykt PMBK boleh meletak jawatan bergitu sahaja? Jika tiada asas yg kukuh.

-- masa perlukan org dihulur jambatan emas, masa tidak mahu 'di tendang' dari pintu jendela!

** Andaikata RUGI dijadikan indikator "gagal (yg sbnrnya tidak)", bagaimana sykt Ladang Tapis Sdn Bhd, anak sykt Ladang Sg Terah, cucu kpd PKINK yg juga Rugi dibenarkan beri BONUS 11.5 bulan gaji kepada kakitangannya. Lihat Laporan Ketua Audit Negara.

□ KES 4: Terkini PMBKS ditomah pula, katanya disebabkan beri "KERUGIAN" pada sykt pd tahun 2012 maka wajar GM letak jawatan.

* Hujah ini banyak dimainkan oleh pihak yang dilihat sebagai "Anti Husam" utk menghalalkan tindakan Hj Fauzi, Pengurus Besar PMBKS letak jawatan sebab "rugi". 

* Realitinya TIDAK, kerana;

i. Kerajaan Negeri memutuskan PMBKS memberikan 50% daripada keuntungan kasar (jualan-kos) kepada Kerajaan Negeri. 25% lagi kepada PMBK dan hanya 25% sahaja untuk PMBKS bagi mengurus sykt, ladang, beli ladang baru dan jana keuntungan. 

Daripada sebelum ini (2008-2011), Kerajaan Negeri cuma diberi 25%, PMBK 25% dan PMBKS 50%.

* Faktanya sytk UNTUNG dan berikut adalah Sumbangan PMBK Sawit Sdn Bhd kepada Kerajaan Negeri, PMBK, GLC dan CSR; 

Sumbangan sejak 2008-2012:
KNegeri ~$23.1j
PMBK ~$26.1j
beli lad yik ~$17.5j
bgn lad baru ~$13.0j
csr ~$2.77j

□ KES 5: Nudin Awang dihantar untuk lawan Husam Musa sebagai YDP PAS Kubang Kerian harini (5/10/2013).

* Nudin atau lebih dikenali sebagai "Din Balak", "Din Mardi(bekas kerani mardi", "Din 100(kerana kereta mewah semua no plat 100". Salah seorg owner sykt Abroad yg menguruskan papan tanda gergasi di lokasi strategik PBT di Kelantan dgn bantuan bekas Exco sesi dulu. Rapat dgn Exco skrg, krna banyak dpt projek Balak.

* Merupakan seorang yang pro kem "anti husam" ditaja untuk melawan Husam sebagai YDP harini. Tetapi tewas dengan hanya mendapat 19 undi berbalas 243.

□ Akhirnya, sama-sama kita fikirkan, adakah Istana yg tolak Husam Musa, ataupun memang wujud kumpulan-kumpulan tertentu yg ingin "menghapuskan" karier politik Husam Musa di Kelantan? Ia seperti pembersihan etnik.

Jika ia benar dari Istana shja utk kerusi Exco, kita sebagai rakyat boleh lagi terima.

Tetapi bagaimana dgn GLC2, pemecatan rakan2 yg pro husam dan peletakan jwtn pengurus besar serta kakitangan bagaimana pula?

Ia seperti ada percaturan tertentu yg terancang.

InsyaAllah Allah SWT bersama mereka yg benar, kebenaran akan timbul akhirnya.

Moga kita semua dapat memikirkan secara rasional. Dan saya berada bersama mereka yang benar.

Sempena Sidang DUN yang bakal berlansung, AYUH KITA BERTANYA kepada YB2 secara terus.

Adakah tindakan segelintir segelintir "hati gelap" dikalangan ADUN Kelantan ini selari dengan dasar Membangun Bersama Islam yg diperjuangkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz, Mantan MB sebelum ini? 

Jika tidak ayuh kita perbetulkan segera sebelum tumbang seperti Negeri Kedah.