Sunday, September 14, 2014

Ceramah pertama Wan Rosdi , Ambo orang #PengkalanKubor nak tanya , betul atau pelawok demo ni ?


Setelah penamaan calon tamat pada pukul 10.00 pagi kelmarin, semalam Wan Rosdi bermula agresif dengan ceramah pertamanya di Kampung Simpangan.


Berikut merupakan kenyataan Wan Rosdi yang agak janggal di perdengarkan:

1. Wan Rosdi menyatakan bulan tengkujuh wajib dia akan datang memberi hamper bantuan banjir kepada penduduk.
Ambo Orang Pengkalan Kubor -Berapa ramai yang buleh hamper ?

2.Apa yang dimaksudkan dengan bulan 1 tu mari doh , bulan 2 mari , bulan 3 mari tapi yang paling wajibnya bulan 12 lah tentu mari ke Pengkalan Kubor .
 Ambo Orang Pengkalan Kubor - Ini menunjukkan calon Pas ini amat jarang sekali berada di ruang mesra rakyat , hanya sesekali menjenguk rakyat Pengkalan Kubor itu pun hanya kerana ADA HAMPER , kalau tak ada hamper tak perlu mari pun takpa.

3. Wan Rosdi mengakui 2 3 tahun lepas , menteri dari pihak kerajaan Barisan Nasional telah hadir untuk membuat tinjauan melaksanakan tematan banjir di Sungai Pengkalan Kubur.
Ambo Orang Pengkalan Kubor - Tidakkah calon Pas ini tahu bahawasanya untuk tembatan banjirSungai Pengkalan Kubor ini  memerlukan peruntukann besar berbillion ringgit dan memerlukan sedikit masa untuk proses birokrasi ,peruntukan kewangan dan sebagainya . Pinjaman bank 2-3 ribu ringgit pun ambik masa apatah lagi projek mega sebegini rupa. Apa pun terima kasih kepada menteri atas kehadiran untuk cuba mengusahakan penyelesaian masalah jangka panjang rakyat di sini.

4. Calon Pas Wan Rosdi juga memohon untuk diberi undi kepadanya bagi beliau membuat perubahan yang besar terhadap peti undi Simpangan ini (Pengkalan Kubor umumnya).
Ambo Orang Pengkalan Kubor - Apakah perubahan besar yang Wan Rosdi mampu sediakan untuk rakyat Pengkalan Kubur ?Adakah tambah hamper?  
Apakah kapasiti suara Wan Rosdi dalam Pas hingga boleh membuat perubahan besar dalam Dun Pengkalan Kubor sedangkan adun lain yang berpuluh tahun di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan masih terkapai-kapai memohon peruntukan walau untuk jambatan simen beberapa meter. 

Contoh terbaik tak mampunya perlaksanaan Pas adalah di sini . 



KLIK sini untuk cerita penuh perbandingan kemampuan perlaksanaan pembangunan antara Pas berbanding BN.

5. Calon Wan Rosdi mengakui Pengkalan Kubor ini Pas kalah sokmo
Ambo Orang Pengkalan Kubor - Ini menunjukkan orang Pengkalan Kubur boleh membangun maju tanpa bantuan wakil rakyat Pas. Betul kan ??

Selamat mengundi kepada orang Pengkalan Kubor , pesanan ambo mudah saja :

AMBO KENAL DOH ORE PAS NI SETARO MANA, BANYOK HOK DOK BERKECEK SAJA


No comments:

Post a Comment