Pakat Mari Jengok Belako

Saturday, January 26, 2013

KB TELAGA MINYAK - MUKKADIMAH GSPS PAS KELATE... BN LAGU MANA?

Semalam adalah merupakan hari yang paling menggemparkan bagi seluruh rakyat Kelantan bilamana tajuk muka depan akhbar Sinar Harian 'Kota Bharu, Telaga  Minyak' . Rupa-rupanya diam diam Husam ada konspirasi. Gamat di seluruh kedai kopi di negeri ini, di mana hal tersebut menjadi buah mulut utama dan secara kasarnya ada 3 pihak yang timbul dari persepsi ini. 1. yang yakin percaya 2. yang tunggu dan lihat 3. yang tidak percaya sambil -sambil bergelak ketawa . No 1 dan 2 sememangnya tetap dengan pendirian masing-masing tetapi No 2 ini adalah merupakan golongan penentu dan menjadi rebutan antara Pas dan UMNO(BN) dan golongan inilah yang bakal menentukan siapa yang berhak untuk menang PRU 13 ini.

Untuk makluman golongan No 2 ini adalah dari golongan seperti ambo, yang melihat kepada siapa yang paling bijak memberi penerangan dan hujah keinteliktualan samada berbentuk penerangan fakta hatta mantik sekalipun. Perlu di ingat penerangan haruslah ringan dan mudah masuk ke cuping telinga rakyat. Kalau berat dengan nombor dan fakta kira-kira , rasanya kena siapkan bantallah kerana orang kampung Kelate yang mengaji sekolah tak tinggi seperti ambo ni, ambo hanya mahukan penerangan fastfood, barang siap .

Maklumat dalaman dari sahabat Pas ambo , persepsi ini merupakan tajuk utama ceramah PRU13 bagi menguburkan   janji-janji 7 projek mega yang di janjikan PM Najib Razak.  Jelas dan tersangat jelas... Ambo nak tanya sikit, berapa kerat ahli cyber pro BN hari ini perhangatkan janji 7 projek mega Kelantan.???? atau tenggelam? Terdapat juga satu kepelikkan di mana ada sebuah blogger pro BN yang memberikan sedikit imbasan kaedah geo seismik sebagai salah satu cara pengesanan deposit simpanan minyak di daratan. KLIK SINI. Maka keesokan harinya anak didik Husam dengan R nya itu terus membuat penjelasan yang seakan-akan sama .Mmmmmm, Ikut dialah.

Pas kembali ke posisi pertahanan setelah melihat kekaburan jalan menuju ke Putrajaya. Sebagai kontigensi plan , kelmarin keluar tajuk besar, hari ini kesemua UPU Pas siap dalam tempoh 1 malam. Orang UMNO buleh buat ke?

Gambar UPU Pas ini dirakam pukul 12 tghmlm td di Jalan Hospital Kota Bharu , dibangun hanya dalam tempoh beberapa jam. Satu diterminasi yang tinggi bagi menahan asakan dari UMNO/BN



Cuba perhatikan bahawa kebanyakan UPU atau bilik gerakan Pas adalah semestinya berdekatan masjid, hal ini membuatkan UPU mereka senantiasa tampak hidup kerana tiap kali lepas solat 5 waktu maka akan adalah pengunjungnya . 


UPU fastfood yang sangat menjimatkan kos.


Kemudahan untuk kunjungan penyokong kesayangan mereka.

Persoalannya apakah gerakan GSPS dan propaganda UMNO Kelantan cukup tajam untuk menghiris lapisan minda penyokong Pas apatah lagi menikam qalbu .

Harapnya pimpinan tertinggi UMNO Kelantan menghayati apa yang ditarbiahkan oleh Ustaz Kazim ini dan sepadankan dengan permainan politik BN Kelantan hari ini.


Boleh menang barangkali UMNO Kelantan dengan gerakan sedia ada sekarang..... Syabas lah kalu gitu gak.

Status : Silent majoriti 70% , Cyber 30 %.. Kadar penembusan cyber rakyat Kelantan bawah 50%.

Doh demo royak menang ambo nak kata gapo... Angguk jerlah sebab demo orang besar ambo orang kecik.

Peel orang UMNO sememangnya sama tak berubah.... Transformasi !!!!!!!

Tapi ingat!!!! walau tak cukup 1 undi pun... yang kalah tetap kalah.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...