Monday, December 31, 2012

UCAPAN TERBAIK @NAJIB RAZAK - SEMBOYAN PRU 13 BERTIUP KENCANG, BEST TIMING TO SCORE

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013. Detik menunggu tahun 2013 adalah penting bagi rakyat Malaysia tetapi detik menunggu saat pembubaran dan hari pengundian PRU 13 adalah lebih teruja dan mendebarkan.



Petikan bahagian akhir ucapan hebat PM Najib ini adalah beberapa hari selepas himpunan haram Bersih 3.0 tahun yang lalu. Di mana saat ini adalah merupakan timing yang sangat tepat untuk pembubaran parlimen lantas PRU 13 diadakan tatkala Pakatan Rakyat menerima backfire yang paling teruk dalam sejarah penubuhan mereka. Namun harapan rakyat melihat PRU 13 pada bulan Jun tidak kesampaian. Mungkin ada hikmah yang tiada kita ketahui.


Dan kini , 12 Januari 2013 senario dan plot cerita yang seakan-akan sama dengan jalan cerita Bersih 3.0 yang memperlihatkan bahawa Pakatan Rakyat lebih suka untuk berdemo bukannya untuk berdemokrasi malahan strategi yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat ini adalah tak ubah seperti skrip Yahudi Zionis yang melaga-lagakan rakyat Mesir hinggakan sehingga kini pun negara mereka masih terumbang ambing gagal mencapai kestabilan.

Tiada masa lagi untuk berisu-isu dan berpersepsi kerana sudah setahun setengah rakyat disajikan dengan episod-episod serangan peluru persepsi Pakatan Rakyat yang hakikatnya satu persatu dipatahkan dengan begitu hebat oleh blogger-blogger dan facebooker pro BN yang tak tidur malam berjaga mempertahankan negara yang majoritinya satu sen merah pun UMNO BN tega menghulurkan bantuan. Mungkin YB UMNO buat-buat lupa bahana media maya 2008. Segala-galanya adalah peribadi. Syabas kepada mereka yang berjuang tanpa berbayar.


Kempen dari pintu ke pintu adalah kemuncak gerak kerja samada membuahkan hasil ataupun tidak. Dan ingatlah berpolitik bukan hanya memukul lawan semata-mata tapi lebih kepada seni main angin menawan hati rakyat jelata. 

Sekarang ini hanya terpulang kepada jentera atas darat bahagian yang terdiri daripada pemuda, wanita , puteri dan putera. Jika lembik mereka maka lembiklah kami semuanya dan jika tajam serangan mereka maka robeklah Pakatan Rakyat dan Insyaallah 2/3 majoriti untuk kekalkan Putrajaya.


7 comments:

  1. Bangkit Rakyat.... KITA TAWAN PUTRAJAYA DAN KEKALKAN PENTADBIRAN PAS di KELANTAN. ALLAHU AKBAR.

    ReplyDelete
  2. ORE HOK LAGU NI LA YG PATUT KITO ADIK KAKOK PAKAT2 RAMAI2PILIH JADI PEMIMPIN NEGARO,BUKE ORE HOK DOK PERETAH KELATE LONING TU.BUAT NGABIH BERAS JAH.

    ReplyDelete
  3. harap umno kelantan dapat kalahkan pas kelantan pd pru 13 ini. Insyaallah dan rakyat kelantan tak perlu hijrah kenegeri orang untuk majukan negeri orang tetapi majukan negeri kelantan lebih maju drp negeri selangor dan pulau pinag oleh rakyat kelantan sendiri.... insyaalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambo pun setuju benar. . biar negeru kita maju hasil titik peluh ank negeri.. takdok dok pyah bui ko ore perak ko singapore ko..

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete