Sunday, November 25, 2012

BANGKIT!! SYARIKAT TELEKOMUNIKASI KAPITALIS SISTEM PAKSA ALA ZIONIS MISKINKAN RAKYAT MALAYSIA @NajibRazak


Apa yang boleh RAKYAT MALAYSIA banggakan dengan syarikat Konglemerat Telekomunikasi negara yang untung BERBILLION ringgit jika setiap 3 hari sekali rakyat dari golongan susah terPAKSA mengisi topup RM5 kepada perut-perut yang tamak rakus haloba monopoli dan KAPITALIS laparkan keringat peluh rakyat yang menistis membajak padi, di lumuri minyak hitam di bengkel dan sebagainya.

UNTONG CELKOM : KLIK SINI
UNTONG MAXIS : KLIK SINI


Apakan tidak !!! 3 hari top up bahkan guna pun tidak terPAKSA reload semula kalau nak guna. Ini bukannya berniaga cara Islam . Ini adalah sistem kapitalis akhir zaman di mana yang kaya akan terus kaya dan yang papa akan terus merempat. 


Di sini ambo salah seorang dari jutaan hamba rakyat orang susah berharap PM Datuk Seri Najib membuat penilaian dan rombakan terhadap skim dan terma pembayaran syarikat telekomunikasi suluruh negara agar mesra rakyat dan berkebajikan kerana dengan cara itu rakyat akan merasa selesa dan boleh menyalurkan keewangan hasil dari penjimatan bayaran telekomunikasi seperti MEMBELI BERAS yang cuma harganya RM18 dan sebagainya.

Paling tidak pun berilah tempoh penggunaan RM5 untuk seminggu. Rasanya lapanglah sikit hati jutaan rakyat marhean ini.

Bayangkan Datuk Seri jika dalam satu rumah itu ada 5 orang anak, 4 pakai telefon , semuanya masih bersekolah dan tiap tiap 2 hari maka datanglah mereka memohon pitih untuk membeli top up sedangkan kos ini tidak pernah berlaku pada zaman 80 dan 90 an dulu... Jadi berapa tangungan  perbelanjaan bapa untuk kos handfone sahaja tiap-tiap bulan?
Apakah kos ini membantu rakyat? ataupun apakah kos ini sedikit semi sedikit memiskinkan rakyat Malaysia.

DALAM JIWA AMBO AMBO TAKKAN BERBANGGA KEPADA SYARIKAT YANG UNTONG BERBILLION SEDANGKAN RAKYAT MERENGKEK KELAPARAN.


1 comment:

  1. anak bersekolah pun pakai talipon??bukankah pilihan di tangan anda?Jika tak..jgn guna talipon..habis cerita.Tapi ambo setuju jugak dgn pendapat dan maklumat di atas...menyeru kerajaan mencari jln penyelesaian...ada kektikanya..kita tidak guna pun di cas nya kat bahagian lain...ntah sapa2 yg hantar video..alih2 duit ambo yg kena tolak...iklan pun kita yg bayar...mcm ni...jika ada atas nama rakyat dan keuntungannya utk rakyat..ok gak.Ganti kan Maxis atau celcom atau DiGi kpd nama 'rakyat line'.

    ReplyDelete