Sunday, April 22, 2012

SARU WEH !! BAYAR PARKING RM10+PETROL RM10 . GAJI RM20 ... MAMPOS!!!!!

Sekiranya tiada mesyuarat atau tiada demonstrasi besar-besaran di Ibukota setiap hujung minggu Jumaat, sabtu dan ahad, aku akan balik ke Kelantan (Wakaf Bharu). Balik ke Kelantan juga menunaikan tanggungjawab diri dan keluarga kerana isteri dan anak-anak berada di Kelantan. Aku ibarat perantau juga mencari sesuap nasi untuk sara anak dan keluarga.
Walaupun aku balik Kelantan, jarang aku ke Pusat Bandar kecuali pergi mendengar Kuliah Jumaat di Pejabat Pas Kelantan di Jalan Dato Pati, kini dikenali sebagai Dataran Ilmu. Dataran Ilmu kini menjadi tempat ‘menadah’ ilmu agama daripada Pemimpin PAS di sana. Selain daripada itu, aku ke Kota Bharu berlegar ke kawasan Stadium untuk nonton bola sepak dan bertemu kawan-kawan.
Ke kawasan stadium lebih baik kerana tempat letak kereta tidak kena bayar. Itu yang penting. Lain-lain tempat semuanya kena bayar caj parking, jika bayar sekalipun, wang syiling yang kita bawa tidak akan mencukupi untuk membayar caj parking menyebabkan ‘secaj’ akan dikenakan iaitu RM10.00 denda akan dikenakan dan denda tersebut akan mencecah sehingga RM1,000. Tak tertanggung rasanya. Inilah yang memeritkan.
Semalam Ahad 25 Januari 2009 jam 11.45 pagi, nasib malang ku bertimpa-timpa. Aku terpaksa ke Kota Bharu kerana ingin menunaikan beberapa urusan membantu anak-anak kawan merayu masuk ke MRSM, temujanji dengan Bank, Tabung Haji, Pemegang Harta dan Imigresen semua tergendala akibat Kereta dikunci tayar.



Semalam Bandar Kota Bharu penuh sesak, tiga empat kali pusing baru dapat lihat tempat kereta orang lain baru keluar dari tempat ‘letak’ kereta tersebut (Belakang Mara), maka letaklah kereta saya pula di di tempat tersebut. Ketika itu ada beberapa buah kereta yang diletak pada tempat yang bukan tempat letak kereta, maka akupun terikut-ikut letak sama. Pada fikiran ku dan kawan-kawan lain-lain yang akupun tak kenal mereka (mungkin orang luar Kelantan?), tempat letak kereta tersebut tidak menghalang kereta lain keluar masuk ke tempat parking tersebut.
Selepas 10 minit berurusan dengan MARA, sayapun turun daripada Pejabat MARA, lalu aku lihat lihat keretaku telahpun dikunci tayar. Susah hati dibuatnya…. lihat resit denda, wah RM300 dendanya, mana nak cari duit, suku bulan kerja saya buat belum tentu dapat sebanyak itu. Tanya kawan-kawan di sebelah kereta saya, katanya jika merayu dapat separuh, wah senangnya dapat duit.





Ada seorang menyampuk, bang jika kenal orang dalam dapat kurang daripada seratus bang. Sakit hati lagi aku, kebetulan aku bersama kawan (kerja maybank) ajak ke pejabat YDP atau SU MPKB Bandaraya Islam untuk merayu.
Sambil berjalan ke pejabat aku telefon lah kawan-kawan yang boleh bantu. Maka aku teringat Nombor Hp Nik Abduh anak Tok Guru MB yang juga Ahli Majlis MPKB. Nik jawab “tunggu’ nanti anak buahnya jumpa. Tak lama selepas itu anak buah Nik jumpa saya dan ambil resit pergi merayu. Maka didendalah RM70.00 sambil anak buak Nik Abduh berkata saman letak kereta hampir RM1,000. Jika bayar RM70 pun kunci tayar belum tentu dapat dibuka.
Pegawai bank (kawan saya tadi) berkata semasa Haji Apandi dahulu biasanya bila merayu dengannya denda sekitar RM30 sahaja. Anak buah Nik kata kini pegawai dah berubah. Tak mengapalah. Kita bayar sajalah. Jika bayarpun ni negeri kita juga. Duit kita tak jatuh kat Israelpun.
O.k kita ke kereta. Tengok di Sebelah keretaku pun turut di Kunci tayarnya. Bang tak tengok kereta saya ke sebelum ni. Tak, katanya. Jika saya tengok kereta abang saya tak akan letak kereta saya, katanya yang juga mungkin orang luar Kelantan kerana cakapnya tidak ‘loghat kelate’. Berapa abang merayu, tanya saya. Dapat RM150 bang, katanya merayu dengan YDP. Wah nasib baik sedikit daripadanya. Aku kena RM70. Sedih juga aku mengenang nasibnya.
Katanya lagi saya tak akan datang lagi Kota Bharu.
Saya masih tak berpuashati, maka aku telefon seorang penguatkuasa MPKB (nama gelaran Zaki Inokom) untuk datang tolong bantu. Selepas 20 minit datanglah ia bantu saya untuk ke tempat bayar parking yang sekira-kira setengah kilometer dari tempat kereta saya kena kunci tayar.
Semasa berbincang dengan Zaki, lalu YB Takiyuddin, Exco Kerajaan di depan mata sambil menyapa saya “Ha orang Kuala Lumpur, ada sini”. Saya terus cerita kesah kereta saya, tak sempat habis cerita YB berlalu begitu saja. Nasib saya memang tidak baik.
Kerja aku semalam semua gagal kecuali bertemu pegawai Mara dan plan aku untuk bersama Presiden PAS ke Syria pada minggu depanpun turut terencat kerana passport dan yang berkaitan dengannnya tak dapat disiapkan. Tidak mengapalah, adalah hikmahnya tu.
Selepas itu Zaki ke tempat bayaran letak kereta. Katanya, “Jo keretamu kena bayar RM1,000 lagi saman lama”.
Kataku, “Beginilah mari sini ambil kunci kereta aku, mung simpan saja keretaku ini dalam stor MPKB, aku tak ada duit dah nak bayar”.
Jam hampir 2.00 petang, zaki tadi telefon pula “Jo aku cuba merayu dengan boss, dapat kurang RM100 aku bayar dulu, ok”.
Moral ceritanya begini:
Nak datang ke Bandar Kota Bharu dengan kereta, rakyat kena bawa syiling “banyak”, Jika tidak padah banyak akan menimpa.
Kenal dengan orang besarpun belum tentu boleh selesai masalah ketika kita susah.
Akhir sekali “Kelantan atau Kota Bharu bukan tempat untuk orang susah bernaung”.
Banyak pengajaran untuk ku dan rakyat Kelantan serta pelancong (berkereta) yang mungkin terdiri daripada Perantau Kelantan atau orang luar Kelantan. Fikir-fikirlah…daripada cerita benar ku ini.
Ada lagi cerita …. ada masa kita bubuh sini!!!

Ulasan AOK : Ambo pun di antara salah seorang dari ribuan rakyat Kelate yang merasai peristiwa yang hampir sama dengan Jiwa Kelate . Tak sanggup lagi menanggung sengsara kebajikan PAS yang di janjikan . Semuanya MITOS dan RETORIK. Alik demo lagu mana?

SUMBER DAN PENGALAMAN MUTLAK  : BLOGGER PAS : JiWO KELATE

No comments:

Post a Comment